Tuesday 17 January 2012

New life...new journey...

Assalammu'alaikum n salam 1 malaysia....

Novel lovers kembali ngn 3 buah novel baru yang hangat di pasaran...
Kengkawan blh bca sinopsis novel Cinta Tak Terucap d post sy yg trbaru..n 2 g novel dr pnerbit karya seni iaitu Awak Suka Saya Tak??? & Pabila Cinta Memanggilku dbwh page ni dkat link Novel & the Story...dkat c2 sy akan slalu letakkn novel2 yg trbaru dr pnerbit2 yg hebat2 belaka...slalu2 la jguk ya...berita2 yg trbaru nnt sy akn update dr smsa ke smsa..insyallah jika ada masa n peluang...
Jika ada yg b'minat..sila la ke fb sy Siti Afiqah...just inbox tjuk novel yg anda minat...
sgla prtnyaan blh la dlakukan d c2...
@ jika ingin mndapatkn kpastian @ TSGT la ingin memiliki novel yg kmungkinan anda tdk bpluang utk mmilikinya...blh la hubungi @ sms sj sy d 013-4069095...sy sedia mmbantu mndptkn utk anda...hnya utk yg bminat mmbeli novel je yg blh hubungi sy d no ini ya...(hihihi...gurau jeww!!!)
Harga n cara pembayaran akn sya beritahu bila anda mmbuat tmpahan d fb sya ya..n jgn risau...sy x tipu..novel yg anda order akn trusss smpai d alamt yg anda berikn nnt...sy da ada planggan yg prnah mmbeli ngn sya..4 sure..next time..i'll upload the proof k..dis week i outstation...(hihihi...jauh dr rumh daaa)...
Any question, u all can ask me through fb @ direct 2 my fon k...
Klah...anything else..keep in touch yaa...(hahaha..sy mksdkn slalu la bkunjung ke blog ni daa...)
Akhirul kalam... 
Assalammu'alaikum n Peace No War!!!!

cinta tak terucap


Sinopsis:

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?


AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?